Tuesday, November 16, 2010

Sejarah Bola Jaring

Bola jaring merupakan hasil pengubahsuaian daripada bola keranjang yang amat popular pada awal 1900-an. Ia berasal dari Amerika Syarikat dan dikenali sebagai "bola keranjang wanita". Sukan ini dicipta oleh Clara Gregory Baer. Kemudian sukan ini berkembang pesat di Asia dan Afrika. Pada tahun 1926, tertubuhlah Persatuan Bola Jaring Wanita Seluruh England (All England
Women’s Netball Association).

Perlawanan antarabangsa yang pertama telah diadakan di antara England dan Scotland pada tahun 1938).
Perkembangan pesat untuk permainan bola jaring berlaku selepas Perang Dunia Kedua. Pada tahun 1960 wakil-wakil negara komenwel telah memutuskan untuk menubuhkan sebuah persatuan khusus untuk bola jaring dunia. Dengan itu tertubuhlah The International Federation of Netball Association. Pertubuhan ini berperanan untuk menyelaraskan peraturan dan undang-undang permainan bola jaring.

Bola jaring adalah permainan untuk wanita kerana ia tidak terlalu kasar.Sehingga hari ini, sukan ini dimainkan lebih daripada 150 buah negara di seluruh dunia.

Sejarah bola jaring di Malaysia pula bermula apabila ia popular dikalangan sekolah mubaligh Kristian. Guru-guru Inggeris khususnya di bandar amat gemar bermain bola jaring. Persatuan Bola Jaring Malaysia ditubuhkan pada tahun 1978. Persatuan ini telah mengambil bahagian dalam beberapa kejohanan antarabangsa seperti Kejohanan Asia dan Kejohanan Piala Dunia.

Majlis Olimpik Malaysia telah mempelawa Persatuan Bola Jaring Malaysia untuk menganjurkan pertandingan bola jaring di sukan SEA 2001 di Kuala Lumpur. Persatuan Bola Jaring Malaysia juga terlibat dalam Sukan Komenwel yang diadakan di Malaysia pada tahun 1998.

Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia (MSSM) juga telah memainkan peranan dalam mempopularkan permainan bola jaring di kalangan murid-murid sekolah. Malaysia boleh dikatakan amat berjaya dalam permainan ini. Penjaring gol bagi pasukan bola jaring Malaysia, Fadzlun Abas dinobatkan sebagai‘Best shooter’ di World Junior Netball Championship 2000 yang diadakan di Wales. Fadzlun Abas sekali lagi memenangi gelaran ini pada tahun 2001.
About The Author
Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi kami di : ALAMAT SURAT Sek. Men. Sains Labuan, Peti Surat 82206, 87032, Wilayah Persekutuan Labuan TEL:087 - 461525 FAKS :087 - 462835 URL: http://www.smslabuan.edu.my EMEL: bolajaringsmsl@gmail.com smsl[at]smslabuan.edu.my Kelab Bola Jaring SMSL @ Netball Excel ialah sebuah kelab sukan/permainan di bawah naungan SM Sains Labuan. Blog ini memaparkan aktiviti-aktiviti dan maklumat tentang perkembangan Netball Excel dalam mengejar kejayaan cemerlang dalam sukan bola jaring.
Share This

0 comments:

Post a Comment

 

EXCEL Netballers : SM Sains Labuan Copyright © 2009 Excel Netballers is Designed by Nabihah Rozy for Excel Netballers
In Collaboration With SM Sains Labuan