Tuesday, November 16, 2010

Peralatan Bola Jaring

PERALATAN 

Ada beberapa peralatan yang diperlukan dalam sukan bola jaring. Antaranya ialah sebiji bola, gelanggang (tertutup atau terbuka) dan tiang gol.

BOLA 
- Sukan bola jaring memerlukan bola khas untuk bola jaring. Rupanya seperti bola keranjang. Bola tersebut mempunyai saiz 5, berdiameter 99-102 cm dan beratnya 6.35-7.26g. Bola ini diperbuat daripada getah atau kulit.

GELANGGANG 
- Terdapat dua jenis gelanggang bola jaring iaitu gelanggang terbuka dan tertutup. Gelanggang ini merupakan gelanggang berumput di kawasan terbuka atau dibuat khas dengan menggunakan simen atau perkey untuk gelanggang tertutup. Gelanggang bola jaring besar sedikit dari gelanggang bola keranjang, sepanjang 30.5m dan selebar 15.25m. Garis panjang dikenali sebagai Garis Sisi dan garis panjang dikenali sebagai Garis Gol (Goal Lines). Gelanggang dibahagi kepada tiga kawasan sama besar.
Bulatan Pusat bergaris pusat 90cm terletak ditengah gelanggang. Separuh bulatan bergaris pusat (radius) 4.9m pada setiap Garis Gol dikenali sebagai Bulatan Gol. Lebar garis gelanggang tidak lebih dari 50mm. Gelanggang bola jaring boleh dibahagikan kepada 3 kawasan atau petak yang sama ukuran. Dua buah kawasan merupakan kawasan gol.
Kawasan lain ialah centre atau kawasan tengah. Kawasan tengah ini pula terletaknya bulatan tengah. Di kedua-dua hujung gelanggang, iaitu di kawasan pertama dan ketiga, terdapat garisan semi-circle atau separuh bulatan yang merupakan bulatan gol.




TIANG GOL 
- Di kedua-dua belang gelanggang dipasang tiang gol yang tingginya 3.05 m (10 kaki). Biasanya tiang gol diperbuat daripada besi. Bulatan besi berjaring yang terletak di bahagian atas tiang mempunyai diameter 38cm.
About The Author
Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi kami di : ALAMAT SURAT Sek. Men. Sains Labuan, Peti Surat 82206, 87032, Wilayah Persekutuan Labuan TEL:087 - 461525 FAKS :087 - 462835 URL: http://www.smslabuan.edu.my EMEL: bolajaringsmsl@gmail.com smsl[at]smslabuan.edu.my Kelab Bola Jaring SMSL @ Netball Excel ialah sebuah kelab sukan/permainan di bawah naungan SM Sains Labuan. Blog ini memaparkan aktiviti-aktiviti dan maklumat tentang perkembangan Netball Excel dalam mengejar kejayaan cemerlang dalam sukan bola jaring.
Share This

0 comments:

Post a Comment

 

EXCEL Netballers : SM Sains Labuan Copyright © 2009 Excel Netballers is Designed by Nabihah Rozy for Excel Netballers
In Collaboration With SM Sains Labuan