Tuesday, November 16, 2010

Pemain Bola Jaring

Setiap pasukan bola jaring terdiri daripada 10 orang pemain iaitu 7 orang pemain utama dan 3 orang pemain simpanan. Setiap orang pemain mempunyai had tugas dan kawasan yang berlainan. 

Berikut merupakan 7 orang pemain utama dalam permainan bola jaring : 
  • Penjaga Gol (GK)
  • Pertahanan Gol (GD)
  • Pertahanan Sayap (WD)
  • Pemain Tengah (C)
  • Penyerang Sayap (WA)
  • Penyerang Gol (GA)
  • Penjaring Gol (GS)

Berikut merupakan kedudukan pemain dalam gelanggang (ketika membuat hantaran tengah) :



TUGAS PEMAIN DALAM PASUKAN 

 
Penjaga gol (goal keeper = GK) 

Menjaga penjaring gol (GS) pasukan lawan baik di dalam kawasan mahupun di luar kawasan jaringan. Penjaga gol boleh keluar masuk kawasan gol. Di antara tugasnya ialah menjaga kawasan jaringan dan menghalang penyerang di dalam kawasan jaringan. GK juga perlu bekerjasama dengan penahan gol (GD). 


Penahan gol (goal defence = GD) 

Menjaga dan mengawal gerakan penyerang gol (GA) pasukan pihak lawan sama ada di dalam kawasan tengah, kawasan gol atau di dalam kawasan jaringan. GD boleh menghalang hantaran atau mengawal mana- mana pemain dalam kawasan tengah atau kawasan gol, tetapi tugas utamanya ialah menghalang penyerang gol daripada membuat jaringan. GD juga boleh menerima bola dari hantaran tengah. 


Penahan sayap (wing defence = WD) 

Merupakan pemain pertahanan. Tugasnya ialah menghalang gerak geri dan hantaran yang ditujukan kepada penyerang sayap (WA) pasukan lawan dalam bulatan jaringan. WD juga boleh bertindak sebagai penyerang . Ini berlaksemasa bole di hantar ke tengah atau ke dalam oleh pemain lawan. Apabila pemain lawan membuat jaringan, WD akan mengawal WA. 

Kadangkala, WD boleh bertindak sebagai penyerang. Ini boleh berlaku semasa bola dihantar ke tengah atau ke dalam oleh pemain lawan. 


Pemain tengah (centre = C) 

Memainkan peranan yang penting kerana ia ditugaskan sebagai penyerang dan merupakan pemain yang membuat hantaran tengah di awal permainan. Kasawan C hampir meliputi keseluruhan padang bola jaring. C boleh bergerak ke semua kawasan kecuali di kawasan D. 


Penyerang sayap (wing attack = WA) 

Juga penyerang, dan tugas utamanya menghantar bola dari kawasan tengah ke kawasan jaringan. WA selalunya akan menghantar bola kepada penjaring dan penyerang gol dengan kerjasama pemain tengah. 


Penyerang gol (goal attack = GA)

Ditugaskan sebagai penjaring. GA akan bekerjasama dengan pemain tengah, penyerang sayap dan penjaring gol. GA juga selalu menerima hantaran tengah dan bertindak sebagai penyerang. 


Penjaring gol (goal shooter = GS) 

Bertugas sebagai penjaring gol. GS mestilah mahir membuat jaringan.
About The Author
Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi kami di : ALAMAT SURAT Sek. Men. Sains Labuan, Peti Surat 82206, 87032, Wilayah Persekutuan Labuan TEL:087 - 461525 FAKS :087 - 462835 URL: http://www.smslabuan.edu.my EMEL: bolajaringsmsl@gmail.com smsl[at]smslabuan.edu.my Kelab Bola Jaring SMSL @ Netball Excel ialah sebuah kelab sukan/permainan di bawah naungan SM Sains Labuan. Blog ini memaparkan aktiviti-aktiviti dan maklumat tentang perkembangan Netball Excel dalam mengejar kejayaan cemerlang dalam sukan bola jaring.
Share This

2 comments:

Tahun 5 on July 3, 2017 at 5:33 PM said...

best sgt

\


Tahun 5 on July 3, 2017 at 5:39 PM said...

x langsungl;

Post a Comment

 

EXCEL Netballers : SM Sains Labuan Copyright © 2009 Excel Netballers is Designed by Nabihah Rozy for Excel Netballers
In Collaboration With SM Sains Labuan